Sejarah Fil Marsyal (India)

Sehingga kini, hanya dua pegawai Tentera Darat India pernah dikurniakan pangkat itu. Ia pertama kali dianugerahkan kepada Sam Manekshaw pada tahun 1973, sebagai pengiktirafan jasa bakti dan kepimpinannya dalam Perang India-Pakistan 1971. Pada tahun 1971, selepas perang, Perdana Menteri Indira Gandhi memutuskan untuk menaikkan pangkat Manekshaw ke field marshal dan seterusnya melantik beliau sebagai Ketua Turus Pertahanan (CDS). Pelantikan ini dibatalkan selepas beberapa bantahan daripada birokrasi dan para panglima tentera laut dan tentera udara. Pada 3 Januari 1973, semasa tempohnya sebagai Ketua Turus Tentera Darat (COAS) Manekshaw telah dikurniakan pangkat field marshal pada upacara yang di adakan di Rashtrapati Bhavan (istana presiden).[1][2] Oleh kerana ia adalah pelantikan pertama, beberapa hak pangkat, termasuk lencana dan riben, masih belum diperbuat. Beberapa minggu sebelum pelantikan Manekshaw, lencana pangkat field marshal telah dihasilkan di bengkel Tentera Darat di Delhi Cantonment. Ia telah diilhamkan dari insignia Fil Marsyal British.[3]

Individu kedua yang dikurniakan pangkat ini adalah Kodandera M. Cariappa, rakyat India pertama yang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Darat India. Tidak seperti Manekshaw, yang dikurniakan pangkat ini sejurus sebelum persaraannya,[lower-alpha 1] Cariappa sudahpun bersara pada tahun 1953, dan sejak field marshal tidak pernah bersara, oleh itu pegawai yang bersara tidak boleh diberi pangkat ini. Tetapi sebagai tanda terima kasih atas khidmat bakti yang ditunjukkan olehnya kepada negara, Kerajaan India mengenepikan kriteria yang ditetapkan, dan menganugerahkan pangkat field marshal kepada beliau pada 28 April 1986 dalam satu upacara pengurniaan khas yang diadakan di Rashtrapati Bhavan.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Fil Marsyal (India) http://www.indiandefencereview.com/spotlights/the-... http://timesofindia.indiatimes.com/tarun-vijay/the... http://www.ndtv.com/india-news/remembering-sam-man... http://www.outlookindia.com/magazine/story/play-it... http://indianarmy.nic.in/Site/FormTemplete/frmTemp... http://indianarmy.nic.in/Site/FormTemplete/frmTemp... http://indianarmy.nic.in/Site/FormTemplete/frmTemp... http://www.hcindia-au.org/previous-high-commission... https://www.scoopwhoop.com/Highest-ranks-in-Indian... https://www.theguardian.com/world/2008/jun/30/indi...